Friday, May 29, 2009

Negeri Pahang

Hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintah di Negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf Bendahara.Putih adalah melambangkan raja. Tambahan warna putih di atas hitam ini membawa makna bahawa Negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan beraja. Ini juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat resam, tatasusila serta kuasa-kuasa yang tertentu yang ada pada raja sebagai sebuah negeri yang beraja dan berdaulat.
"Darul Makmur", nama gelaran bahasa Arabnya bermaksud "tempat perlindungan yang tenang".Negeri Pahang yang berkeluasan 35 ribu kilometer persegi merupakan negeri terbesar di Semenanjung Malaysia. Kemasyhuran dan kehebatannya pada zaman dahulu menjadi rebutan kerajaan yang ada di sekelilingnya.Pada masa ini Pahang ialah negeri Semenanjung dengan 11 daerah iaitu Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Temerloh, Jerantut, Bentong, Raub, Lipis, Cameron Highlands dan Bera. Penduduknya pula terdiri dari pelbagai kaum dan bangsa. Bandar utama di negeri Pahang selain Kuantan termasuklah Tanah Rata, Kuala Lipis, Kuala Rompin, dan Bukit Fraser.Pahang Darul Makmur di sebelah utara dan baratnya dilingkungi oleh banjaran gunung dan di sebelah timurnya terbentang Laut China Selatan. Pahang merupakan pengeluar beras, pengeksport bijih timah dan berbagai-bagai hasil hutan seperti kayu kapur, gaharu, dan kapur barus.
sumber;
http://ms.wikipedia.org/wiki/Identiti_Pahang
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pahang


No comments: