Friday, May 29, 2009

Stesen Radio, Radio Malaysia Pahangfm

Stesen RTM Kuantan mula beroperasi pada bulan Julai 1966 setelah stesen pemancarnya siap pada bulan Jun. Dengan siapnya stesen ini, seorang pegawai tetap telah ditugaskan untuk mencari bahan siaran untuk dihantar ke RTM Kuala Lumpur.
Sebelum ini peranan radio hanya bermula apabila seorang pegawai rancangan ditempatkan secara sementara di Jabatan Penerangan Negeri Pahang pada tahun 1960 dengan tujuan untuk mencari bahan siaran untuk RTM Kuala Lumpur.
Bermula dari tahun 1966 hingga 1973 stesen RTM Kuantan berfungsi menyalurkan siaran-siaran Rangkaian Nasional dan Rangkaian Biru ke Negeri Pahang menerusi gelombang sederhana :-

370 meter / 810 KHz - Rangkaian Nasional (Bahasa Malaysia)
263 meter / 1143 KHz - Rangkaian Biru (Bahasa Inggeris)

Dalam usaha untuk memperluaskan liputan siaran di daerah-daerah khususnya di negeri Pahang, stesen pemancar
Kuala Lipis diwujudkan pada tahun 1974 dan di Jerantut pada tahun 1977.


Walau bagaimanapun stesen pemancar RTM di Jerantut AM 846 khz tidak disambungkan ke RTM Kuantan dan siaran daerah kawasan timur yang beribu pejabat di RTM Kuala Terengganu sebaliknya hanya di sambung terus dari RTM Rangkaian Nasional Kuala Lumpur. Stesen di Jerantut telah ditutup pada 1 April 1991.apabila stesen pemancar FM mula dilancarkan di Jerantut barulah siarannya disambung ke RTM Kuantan.


Menyedari keupayaan kuasa pemancar di Stesen Kuantan hanya 10 Kilowatt, maka diwujudkan pemancar FM Mono di Bukit Pelindung Kuantan pada penghujung tahun 1990 serta di Gunug Ulu Kali Bentung pula pada tahun 1991.
Dengan kemudahan sistem OLTE
(Optical Line Terminal) yang dipasang pada 15 Oktober 1992. Semua siaran yang diterima secara mono telah dapat diikuti dalam bentuk FM Stereo dan hampir keseluruhan Negeri Pahang dapat mengikuti siaran RTM Kuantan.
RTM Kuantan telah pun beberapa kali di tukar penjenamaannya seperti RTM Pahang dan Pahangfm. Kini Pahangfm dikenali sebagai 'RTM Pahangfm'.













Radio Televisyen Malaysia Pahang




Petunjuk Arah ke RTM Pahang

Alamat :
Radio Televisyen Malaysia Pahang,
Jabatan Penyiaran Malaysia,
Peti Surat 152, 25710 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.

Tel :
+609 - 514 5655
+609 - 513 1655

Fax :
+609 - 514 3613





Frekuensi Radio :
104.1 MHz dari Kuantan
107.5 MHz dari Pahang Barat
92.7 MHz dari Jerantut
91.9 MHz dari Rompin
100.3 MHz dari Cameron Highlands
92.0 MHz dari Maran


Pautan :
http://www.myspace.com/techpahangfm
http://www.pahangfmpost.blogspot.com/
http://video.yahoo.com/watch/1292004/4528637
http://www.rakamkhannah.blogspot.com/
http://www.rtm.gov.my/
http://www.penerangan.gov.my/


Negeri Pahang

Hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintah di Negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf Bendahara.Putih adalah melambangkan raja. Tambahan warna putih di atas hitam ini membawa makna bahawa Negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan beraja. Ini juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat resam, tatasusila serta kuasa-kuasa yang tertentu yang ada pada raja sebagai sebuah negeri yang beraja dan berdaulat.
"Darul Makmur", nama gelaran bahasa Arabnya bermaksud "tempat perlindungan yang tenang".Negeri Pahang yang berkeluasan 35 ribu kilometer persegi merupakan negeri terbesar di Semenanjung Malaysia. Kemasyhuran dan kehebatannya pada zaman dahulu menjadi rebutan kerajaan yang ada di sekelilingnya.Pada masa ini Pahang ialah negeri Semenanjung dengan 11 daerah iaitu Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Temerloh, Jerantut, Bentong, Raub, Lipis, Cameron Highlands dan Bera. Penduduknya pula terdiri dari pelbagai kaum dan bangsa. Bandar utama di negeri Pahang selain Kuantan termasuklah Tanah Rata, Kuala Lipis, Kuala Rompin, dan Bukit Fraser.Pahang Darul Makmur di sebelah utara dan baratnya dilingkungi oleh banjaran gunung dan di sebelah timurnya terbentang Laut China Selatan. Pahang merupakan pengeluar beras, pengeksport bijih timah dan berbagai-bagai hasil hutan seperti kayu kapur, gaharu, dan kapur barus.
sumber;
http://ms.wikipedia.org/wiki/Identiti_Pahang
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pahang


Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Pahang












TN. HJ MUSTAFA KAMAL BIN ABDUL RAZAK

Bahagian Kejuruteraan Radio Malaysia Pahang

Bahagian Kejuruteraan Radio Malaysia Pahangfm di ketuai oleh seorang jurutera bahagian penyiaran, seorang pembantu teknik penyiaran dan juga empat orang penyelia yang di bantu oleh juruteknik - juruteknik penyiaran yang terlatih dan profesional. terdapat beberapa unit di dalam Bahagian Kejuruteraan Radio Malaysia Pahangfm iaitu, Unit Siaran Luar dan Rakaman Luar gabungan Unit Auditorium, Unit Elektrik Banggunan dan Pemancar, Unit Studio Rakaman Audio dan Bilik Kawalan Utama, dan Unit Studio TV.

Unit Siaran Luar Dan Auditorium

UNIT SIARAN LUAR DAN AUDITORIUM :- terdiri daripada beberapa orang kakitangan dan seorang penyelia. Antara juruteknik yang terlibat bagi unit ini En. Khaled, Siti Azarita dan En. Fitri adalah juruteknik utama bagi Unit Siaran Luar di Pahangfm.
Tugas - tugas utama mereka adalah menyedia dan mengendalikan alatan serta memastikan mutu siaran luar adalah dalam keadaan baik.
Rakaman program luar seperti ceramah agama, menemurah dan dll. Dan juga antara tugas utama mereka adalah menyedia dan menyelenggarakan sistem audio ( PA System ). Unit siaran luar juga membantu kerja - kerja di Auditorium . .
Seterusnya bagi unit Auditorium terdiri daripada En. Mahadi, Puan Kamariah dan Cik Ros. Tugas utama mereka mengendali dan menyelenggara sistem - sistem yang berada di Auditorium seperti; sistem lampu, sistem audio, sistem video dan rakaman di Auditorium. Unit Siaran Luar dan Auditorium ini di ketuai oleh En. Hussain.

Unit Selenggaraan Studio Rakaman Audio Dan Bilik Kawalan Utama

UNIT STUDIO SELENGGARAAN STUDIO RAKAMAN AUDIO DAN BILIK KAWALAN UTAMA :- Juga terdiri daripada beberapa orang juruteknik dan seorang penyelia. Juruteknik bagi unit Penyelenggaran Studio yang terlibat adalah Cik Lini, Cik Ayun, Cik Asura dan juga Puan Siti Fatimah . Tugas utama mereka adalah mengendali dan melenggarakan studio - studio rakaman di Pahangfm. Dengan kaedah mixer digital yang telah di perkenalkan, secara kasarnya mereka adalah yang terbaik bagi kendalian pengadun audio digital. MCR ( Main Control Room ) , terdiri dari En. Syed, En. Rahimi, En. Azlan, Pn. Siti Maimunah, Pn. Norzie dan Cik Mira. Tugas utama meraka adalah menjaga dan memantau mutu siaran radio Pahangfm,bermula dari 0530 sehingga 0000 . Bagi unit ini di ketuai oleh En. Najib Aziz.

Unit Elektrik Banggunan, Logistik dan Pemantauan Pemancar

UNIT ELEKTRIK BANGGUNAN, LOGISTIK DAN PEMANCAR :- Terdiri daripada dua orang juruteknik iaitu En. Khairul dan En. Fauzi, di ketuai oleh En. Ayob. Juruteknik di bahagian ini lebih menfokuskan kerja - kerja berkenaan dengan bidang elektrik atau lebih dikenali dengan juruteknik elektrik. Tugas utama mereka adalah melakukan kerja - kerja pembaikan alatan elektrik dan kemudahan elektrik yang lain. Seperti membuat pemasangan laluan elektrik yang baru, memastikan sistem penyejuk udara banggunan sentiasa dalam keadaan baik juga termasuk tugas - tugas utama bagi unit ini. Juruteknik di bahagian ini juga melakukan tugas - tugas pemantauan sistem pemancar - pemancar di seluruh negeri pahang bagi memastikan keadaan pemancar dan penerima iaitu pendengar mendapat mutu siaran radio Pahangfm dengan baik dan jelas.
Bagi unit ini dibantu oleh seorang pembantu am iaitu En. Badrul, yang memberi bantuan dalam penyelenggaraan banggunan dan keperluan logistik, serta membantu dalam penjagaan persekitaran pemancar milik RTM supaya sentiasa dalam keadaan bersih dan baik.

Unit Studio TV

UNIT STUDIO TV :- Adalah unit yang baru di tubuhkan di Pahangfm. Unit ini di selenggara oleh seorang juruteknik iaitu En. Rizal dan di ketuai oleh seorang penyelia iaitu En. Thiru.
Walaupun unit ini masih lagi dalam peringkat permulaan tetapi ianya telah pun beberapa kali mengadakan siaran langsung tv yang di pancarkan terus kepada penonton melalui tv1.

Latihan Industri Pelajar Bahagian Kejuruteraan

1.Ketika ini pelajar yang menjalani latihan industri di Bahagian Kejuruteraan adalah pelajar - pelajar dari beberapa Politeknik di Malaysia. Mereka merupakan pelajar dari jurusan elektrik, elektronik dan juga teknologi komputer, sehubungan dengan subjek yang mereka pilih pelajar - pelajar ini dapat menyusuaikan diri dengan cepat dan mudah kerana tugas - tugas yang dijalankan di sini adalah bertepatan dan bersesuaian dengan pelajaran yang di pelajari di kampus pembelajaran mereka.
Sikap terbuka dan positif dari kalangan kakitangan RTM Pahang ini sendiri, menjadikan pelajar - pelajar ini dapat menjalani latihan industri di sini dengan lebih mesra dan selesa.











Penting: Kepada pelajar - pelajar yg pernah menjalani latihan industri di sini ( Bahagian Kejuruteraan ), Sila emailkan gambar anda di
fitrtm@yahoo.com . kerjasama Cik/Tuan/Puan amatlah kami hargai, Terima Kasih.

Buletin

Patah Tumbuh Hilang Berganti.
Perpindahan meninggalkan kekosongan, dan kekosongan itu kini telah pun diisi dengan pegantinya. itulah yang dapat di perkatakan tentang yang "hilang kini berganti" jurutera Jabatan Penyiaran Negeri Pahang yang mana baru - baru ini menerima berita tentang pertukaran jurutera. Dan beberapa hari selepasnya, datang pula jurutera yang baru yang kini telah pun memulakan tugasnya disini. Sehubungan dengan itu, Kami bagi pihak Bahagian Kejuruteraan Jabatan Penyiaran Negeri Pahang mengucapkan "Selamat Bertugas" kepada jurutera kami yang baru.



Pergi Jua Akhirnya.
Pergi Jua Akhirnya (Berpindah) ... Khamis, 27 Ogos 2009 hari terakhir beliau di Radio Malaysia Pahangfm.. Sambil tersenyum beliau berkata "Hari ni (Khamis, 27 Ogos 2009), meja saya di pejabat dah takde, rumah saya pun dah takde, dah takde ape dah.. Lepas makan ni saya balik la..." kata - kata terakhir beliau kepada salah seorang juruteknik Radio Malaysia Pahangfm sebelum berbuka puasa..

"Thanks for all that you did and the way that you did it. And thank you just for being you".

Berita Perpindahan.
Pada
sekitar Jun 2011 sekali lagi Radio Malaysia Pahangfm di gemparkan dengan berita tentang pertukaran jurutera. Persoalan yang biasa akan timbul apabila ada pertukaran, "mengapa pindah?" "siapa pengganti?" ...Yang sedang bertugas akan di pindahkan ke RTM Terengganu, sementara kekosongan jurutera itu akan dipangku jawatannya oleh Penolong Jurutera.Jamuan Perpisahan diadakan bagi meraikan perkhidmatan beliau selama di sini. Jamuan di sertakan dengan ucapan dan doa iringan untuk beliau agar segalanya urusan pertukaran dan perpindahan beliau dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.Dan semoga Allah permudahkan segala tugasan dan urusan beliau di tempat yang baru.

"Terima Kasih Puan..Tugasan dan Khidmat Puan Berikan, Seribu Yang Datang Takkan Sama Dengan Apa Yang Puan Curahkan Pada Kami"



*** RM Pahangfm = Radio Malaysia Pahangfm

Sudut Pengetahuan Teknikal Penyiaran

*Siaran Langsung?
Siaran langsung televisyen ialah penyiaran televisyen dalam masa nyata atau secara tundaan jangka masa singkat. Siaran langsung sering digunakan dalam rancangan berita.

Secara amnya, siaran langsung TV lebih kerap digunakan untuk menyiarkan kandungan yang diterbit khususnya untuk televisyen pada tahun-tahun terawal kewujudan media ini, sebelum munculnya teknologi seperti rakaman pita video.

Apabila rakaman video makin banyak, kebanyakan rancangan hiburan dirakam dan disunting sebelum disiarkan dan bukannya disiarkan secara langsung. Acara-acara hiburan seperti acara sukan profesional dan upacara penganugerahan masih disiarkan secara langsung.



*Penguat ( amplifier) .
Penguat (bahasa Inggeris: amplifier) ialah mana-mana alat yang boleh mengubah, ataupun selalunya akan menaikkan amplitud sesuatu isyarat. Isyarat itu selalunya adalah voltan ataupun arus elektrik. Walau bagaimanapun, secara umumnya apabila disebut perkataan penguat, biasanya ia akan merujuk kepada penguat elektronik, selalunya dalam sistem audio. Hubungan antara input dan output penguat - biasanya dinyatakan sebagai fungsi frekuensi input - dipanggil fungsi pindah penguat, manakala magnitud fungsi pindah dipanggil gandaan.
Satu lagi alat yang menekankan penukaran kuasa dari satu jenis ke jenis yang lain (sebagai contoh, satu isyarat cahaya dalam foton ditukar kepada satu isyarat DC dalam ampere) dikenali sebagai pemindah, pengubah ataupun penderia. Walau bagaimanapun, tiada satupun dari alat ini yang menguatkan kuasa.


*Perakaman dan pengeluaran semula bunyi.
Perakaman dan pengeluaran semula bunyi ialah inskripsi dan penciptaan semula elektrik atau mekanik gelombang bunyi yang biasanya digunakan untuk suara atau untuk muzik.
Dua kelas utama teknologi perakaman bunyi ialah perakaman analog dan perakaman digital.
Gambarajah adalah alat perakam audio yang pertama di dunia.

Monday, May 11, 2009

Unit Di Bawah Bahagian Pentadbiran Radio Malaysia PahangFm

Unit Pemandu Kenderaan Bermotor : Unit Kenderaan Bermotor di Stesen Radio Malaysia Pahangfm adalah unit di bawah Bahagian Pentadbiran. Unit ini terdiri daripada 3 orang pemandu iaitu Encik Tarmizi, Encik Heilmi dan juga Encik Shahrul. Tugas mereka tidak kurang sebuknya berbanding dengan unit lain di sini.
Tugas mereka ataranya ialah memandu kenderaan pejabat atas tugas - tugas rasmi. menjaga dan menyelenggara kenderaan serta memastikan keselamatan kenderaan dan alat - alat kelengkapannya. Walaupun Negeri Pahang adalah negeri yang terbesar di semenanjung Malaysia, kemahiran dan kecekapan pemandu di Radio Malaysia Pahangfm ini dari sudut pengetahuan tentang kedudukan tempat atau banggunan utama memang tidak dapat di nafikan. Begitu juga dari segi teknik keselamatan memandu dan sikap tanggungjawab mereka amatlah di kagumi.


Unit Pengawal Keselamatan :Harap maaf di sini tidak dapat di nyatakan secara keseluruhan tentang unit ini atas sebab - sebab yang harus di patuhi bagi tujuan keselamatan.





Unit Pembantu Am : Pembantu Am lebih mengutamakan kerja - kerja mengedar surat - surat kepada pegawai - pegawai, membuat tugas fotostat, menyusun, menjilid dokumen yang di fotostat, mengangkat barang - barang atau alat - alat bekalan daripada setor dan sebagainya serta mengemas dan menyusun atur bilik mesyuarat atau bilik gerakan sebelum dan selepas mesyuarat.
Encik Badrul dan juga Encik Zainal adalah antara pembantu am yang bertugas di Stesen Radio Malaysia Pahangfm dan mereka amat cekap dalam menjalankan tugas masing - masing di sini.

Sunday, May 10, 2009

Galeri

Kembara Radio Malaysia Pahang.Fm Moh Lah Weh Sungai Tekam.


Sukan Kebangsaan RTM di Miri.



Tuesday, May 5, 2009

PahangFm Technical Group

Blog ini di diadakan bagi tujuan mengeratkan hubungan antara orang ramai dan juga kakitangan bahagian kejuruteraan di Pahangfm. Laman ini memberi tahu tentang pelbagai aspek dari segi teknikal dan penyelenggaraan kerja di bahagian kejuruteraan.
Di sini orang ramai bolehlah memberi pendapat dan idea - idea baru untuk dikongsikan bersama terutama sekali di kalangan pelajar - pelajar yang mengambil jurusan kejuruteraan yang berkaitan dengan penyiaran.
Laman ini amat mengalu - alukan bekas pelajar yang pernah menjalankan latihan industri di sini untuk berkomunikasi dengan kakitangan bahagian kejuruteraan Pahangfm samada menanyakan soalan atau memberikan pandangan serta komen ringan untuk di kongsi bersama. Komen ini adalah terbuka kepada semua, samada orang awam, pelajar mahupun dari khalangan kakitangan RTM sendiri di alu - alukan memberi pendapat atau komen anda. Sebarang kritikan keras atau kata - kata kesat adalah dilarang sama sekali.
Sebarang komen, idea atau pertanyaan anda bolehlah taipkan pada kami melalui 'comment' seksen di bawah atau di mana sahaja terdapat 'comment' di laman blog kami ini. Caranya, anda hanya perlu klik pada 'comment' , taipkan komen anda pada 'comment box' , sekiranya anda tiada akaun blog atau yang berkenaan , anda hanya perlu pilih pada 'Anonymous' dan klik publish. Kami amat menghargai komen - komen anda dan sedia menerima sebarang teguran jika ada idea atau pendapat yang membina dalam bidang teknikal kami.
Di harap laman ini dapat di manfaatkan dengan sebaiknya bagi tujuan kebaikan semua .
Sekian Terima Kasih.