Sunday, May 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Radio Malaysia Pahangfm atau sebelum ini di kenali sebagai Pahangfm pernah hanya bersiaran di pejabat yang kecil sahaja. Tetapi masih mampu memberikan kepuasan kepada pendengar terutama untuk rakyat negeri Pahang sendiri tentang hal ehwal semasa yang berlaku di sekitar negeri dan juga berita - berita terkini di seluruh Malaysia. Dan kini stesen radio ini telah berpindah di tempat yang lebih besar dan selesa. Tarikh mula ianya beroperasi di dalam persekitaran yang serba baru adalah pada 07 - 07 - 2007 yang telah di rasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Hj. Ahmad Shah. Di persekitaran yang baru atau dengan kata lebih mudah nya ' bangunan baru ', Radio Malaysisa Pahangfm kini banyak beroperasi atau terlibat dalam menganjurkan program - program yang lebih besar daripada dahulu. Di banggunan yang serba baru dan canggih permis Pahangfm berdiri dengan memiliki sebuah Auditorium yang besar dan cantik. Di hiasi dengan lampu - lampu yang berbagai gaya pancaran ketika ia beroperasi dalam menjalankan program berkaitan. Tidak kurang dengan sistem bunyi yang enak, padat dan bertenaga menjadikan auditorium Pahangfm adalah yang terbaik di pantai timur baik dari segi sistem lampu, sistem bunyi dan yang terpenting sistem keselamatannya juga adalah yang terbaik di pantai timur ini. Konti siaran juga menggunakan alatan baru dan canggih, tidak kurang pada studio - studio rakaman yang juga menggunakan alat - alat canggih dan moden sehaluan dengan perkembangan digital masakini.
* Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya.
* Kalau kamu tua,beri nasihat dan jika kamu muda,terimalah nasihat.
* Kekayaan menjahanamkan si bodoh,merosakkan si pandai.
* Orang sibuk sebenarnya tidak cekap, orang yang cekap tidak sibuk.
* Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja.
* Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang - kadang menumpahkan darah.
* Jika anda mahu membuat sesuatu anda akan mencari jalan, Jika anda tak mahu membuat sesuatu anda akan cari alasan.
* Orang yang mulia menyalahkan dirinya, orang yang bodoh menyalahkan orang lain.
* Barang siapa yang memusuhi orang di bawahnya, maka hilanglah kewibaannya.
* Kejujuran itu seperti seekor semut hitam di atas batu yang hitam, di malam yang amat kelam. Ianya wujud tetapi amat sukar dilihat.
* Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali.
* Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mahu permintaan kamu di abaikan orang.
No comments:
Post a Comment