UNIT STUDIO TV :- Adalah unit yang baru di tubuhkan di Pahangfm. Unit ini di selenggara oleh seorang jurut
eknik iaitu En. Rizal dan di ketuai oleh seorang penyelia iaitu En. Thiru.
UNIT STUDIO TV :- Adalah unit yang baru di tubuhkan di Pahangfm. Unit ini di selenggara oleh seorang jurut
eknik iaitu En. Rizal dan di ketuai oleh seorang penyelia iaitu En. Thiru.
Assalamualaikum,
Radio Malaysia Pahangfm atau sebelum ini di kenali sebagai Pahangfm pernah hanya bersiaran di pejabat yang kecil sahaja. Tetapi masih mampu memberikan kepuasan kepada pendengar terutama untuk rakyat negeri Pahang sendiri tentang hal ehwal semasa yang berlaku di sekitar negeri dan juga berita - berita terkini di seluruh Malaysia. Dan kini stesen radio ini telah berpindah di tempat yang lebih besar dan selesa. Tarikh mula ianya beroperasi di dalam persekitaran yang serba baru adalah pada 07 - 07 - 2007 yang telah di rasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Hj. Ahmad Shah. Di persekitaran yang baru atau dengan kata lebih mudah nya ' bangunan baru ', Radio Malaysisa Pahangfm kini banyak beroperasi atau terlibat dalam menganjurkan program - program yang lebih besar daripada dahulu. Di banggunan yang serba baru dan canggih permis Pahangfm berdiri dengan memiliki sebuah Auditorium yang besar dan cantik. Di hiasi dengan lampu - lampu yang berbagai gaya pancaran ketika ia beroperasi dalam menjalankan program berkaitan. Tidak kurang dengan sistem bunyi yang enak, padat dan bertenaga menjadikan auditorium Pahangfm adalah yang terbaik di pantai timur baik dari segi sistem lampu, sistem bunyi dan yang terpenting sistem keselamatannya juga adalah yang terbaik di pantai timur ini. Konti siaran juga menggunakan alatan baru dan canggih, tidak kurang pada studio - studio rakaman yang juga menggunakan alat - alat canggih dan moden sehaluan dengan perkembangan digital masakini.


* Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya.
* Kalau kamu tua,beri nasihat dan jika kamu muda,terimalah nasihat.
* Kekayaan menjahanamkan si bodoh,merosakkan si pandai.
* Orang sibuk sebenarnya tidak cekap, orang yang cekap tidak sibuk.
* Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja.
* Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang - kadang menumpahkan darah.
* Jika anda mahu membuat sesuatu anda akan mencari jalan, Jika anda tak mahu membuat sesuatu anda akan cari alasan.
* Orang yang mulia menyalahkan dirinya, orang yang bodoh menyalahkan orang lain.
* Barang siapa yang memusuhi orang di bawahnya, maka hilanglah kewibaannya.
* Kejujuran itu seperti seekor semut hitam di atas batu yang hitam, di malam yang amat kelam. Ianya wujud tetapi amat sukar dilihat.
* Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali.
* Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mahu permintaan kamu di abaikan orang.

Radio Televisyen Malaysia (RTM) ialah stesen penyiaran awam milik kerajaan Malaysia yang memiliki dan mengendalikan beberapa saluran radio dan saluran televisyen. Kini, RTM mengendalikan 8 saluran radio nasional, 16 saluran radio negeri, dan 7 saluran radio daerah serta dua saluran televisyen. Moto utamanya dari 1984 hingga 2004 ialah 'Teman Setia Anda'. RTM akan memperkenalkan lebih 20 saluran digital secara percuma pada masa akan datang melalui RTMi. Buat permulaan, siaran percubaan beberapa siaran telah dilakukan mulai September 2006 di sekitar Lembah Kelang.
Pendigitalan ini selaras dengan seluruh negara ASEAN lain yang memilih DVB-T sebagai piawaian penyiaran televisyen digital, dan dijangka melupuskan siaran analog sepenuhnya menjelang tahun 2015
Muzik Aktif melalui saluran Astro 180 merupakan saluran pertama di bawak projek pendigital televisyen ini. Antara saluaran pada akan datang ialah Arena, CY, Bestari dan Harmoni. Rangkaian Televisyen RTM TV1 TV2 RTM i Muzik Aktif


Pada awal tahun 50-an, aktiviti penyiaran di Malaya beroperasi dari studio sementaranya di Jalan Young (kini Jalan Cenderasari) di Kuala Lumpur dan kemudiannya pada tahun 1956 berpindah Disinilah bermulanya bidang penyiaran negara yang terus berkembang diikuti dengan penubuhan pula beberapa stesen kawasan disamping yang sedia ada di Sarawak dan Sabah. Siaran iklan perniagaan di radio juga bermula pada tahun 1960 yang menjadi salah satu sumber hasil baru bagi kerajaan. Sesuatu yang menarik untuk diketahui ialah pengenalan "INILAH RADIO MALAYSIA" mula diungkapkan oleh juruhebah serentak dengan pembentukan Malaysia pada 16
1 comment:
assalamulaikum..saya salah seorang pendengar pahangfm..saya ingin tahu bagaimana untuk mambuat lawatan dan apa yang perlu untuk saya lakukan untuk ke bahagian penyiaran dan teknologi maklumat di RTM pahang..Untuk pengetahuan pihak tuan,saya merupakan penuntut tahun dua fakulti kejuruteraan komputer dan sistem rangkain dari Universiti Malaysia pahang(UMP)..sebelum ini rmai teman2 saya yang menyatakan bahawa agak sukar untuk membuat lawatan dan berurusan dengan rtm..saya berharap agar sekiranya saya dapat berpeluang untuk berurusan dengan pihak RTM pahang..
Post a Comment